Ubay ibn Ka'ab

Ubay ibn Ka'ab merupakan seorang dewasa dari golongan Ansar yang berasal dari suku kaum Khazraj. Nama gelaran beliau adalah Abu Mundhir.[1] Beliau wafat ketika zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin ketiga iaitu Uthman bin Affan.

Kehidupan

Ubay telah dilahirkan di Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib), di kalangan puak Bani Khazraj. Beliau merupakan antara yang pertama memeluk agama Islam dan berbai'at atau memberi sumpah taat setia kepada Nabi Muhammad code: ar is deprecated ketika di Aqabah sebelum berlakunya Penghijrahan ke Madinah oleh kaum Muhajirin dan beliau merupakan daripada golongan Ansar. Beliau turut menyertai Peperangan Badar dan lain-lain pertempuran.

Beliau turut berperanan sebagai pencatit kepada Nabi Muhammad code: ar is deprecated dan sering menulis surat bagi pihak baginda. Ubay juga antara orang yang menulis isi Quran dan mempunyai mushafnya yang tersendiri.[2] Berikutan kewafatan baginda, beliau merupakan salah seorang daripadadua puluh lima orang yang menghafal al-Quran. Disebabkan itu, Umar Al-Khattab mengatakan tentang kearifan Ubay dalam kata-katanya seperti berikut:

"Wahai Manusia! Barangsiapa yang ingin bertanya tentang Al-Quran, tanyalah kepada Ubay ibn Ka'ab."

Beliau juga telah dilantik untuk menyertai Majlis Syura oleh Khalifah Abu Bakar untuk dijadikan tempat rujukan. Selain beliau, ahli tersebut termasuklah Umar, Uthman, Ali, Abdul Rahman ibn Auf, Muaz ibn Jabal dan Zaid ibn Thabit.

Umar yang mewarisi kepimpinan khalifah turut mengekalkan orang yang sama. Apabila muncul pertanyaan tentang fatwa, beliau akan merujuk kepada Ali ibn Abi Talib, Uthman, Ubay dan Zaid ibn Thabit.

Ubay meninggal dunia pada tahun 649 Masihi bersamaan tahun ke-29 Hijrah semasa pemerintahan Khalifah Uthman.

Rujukan

  1. ^ "Sahih Muslim, hadith 810". Dicapai pada 2020-02-27.
  2. ^ "The Mushaf of Ubay bin Ka'b (d. 29 H/649)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-15. Dicapai pada 2015-04-30.
  • l
  • b
  • s
Senarai Sahabat nabi
   

Abu-Hudhayfah bin Utbah
Abu Sa'id al-Khudri
Akib bin Usaid
Al-Ala'a Al-Hadrami
Al-Baraa bin Malik al-Ansari
Al-Nahdiah
Ali bin Abi Talib
Aminah binti Wahab
Amir bin al-Jamuh
Ammar bin Yasir
Amru bin Ash
An-Numan bin Muqarrin
Anas bin Malik
Ashaab
Aqil bin Abu Thalib
Bashir bin Sa'ad
Bilal bin Rabah
Bilal bin al-Harits
Fadl bin Abbas
Fatimah binti Asad
Fatimah binti Hizam
Fayruz al-Daylami
Habibah binti Ubaidillah
Halimah As-Sa'diyah
Hamzah bin Abdul Muttalib
Haritsah binti al-Muammil
Hatib bin Abi Baitah
Hisyam bin Al-Aas
Hudhayfah bin al-Yaman
Hujr bin Adi

Ikrimah bin Abu Jahal
Ja'far bin Abi Thalib
Julaybib
Khabbab bin al-Aratt
Khadijah binti Khuwailid
Khalid bin Sa`id
Khalid bin al-Walid
Khubaib bin Adi
Khunais bin Hudhaifa
Kumail bin Ziyad
Khuzaimah bin Tsabit
Layla binti al-Minhal
Lubabah binti al-Harith
Lubaynah
Malik bin Dinar
Malik al-Dar
Malik bin Ashter
Malik bin Nuwayrah
Miqdad bin Aswad
Mua'dz bin Jabal
Muhammad bin Abu Bakar
Muawiyah bin Abu Sufyan
Muhammad bin Maslamah
Mughira bin Shu'ba
Mus'ab bin Umair
Nawfal bin Khuwaylid
Qatadah
Rab'ah bin Umayah
Rabi'ah bin Harits Sa'ad bin ar-Rabi'

Sa'ad ibn Abi Waqqas
Saffiyah binti Abdul-Muththalib
Sa’id bin Al-Ash
Said bin Amir al-Jumahi
Said bin Zayd
Salim Mawla Abu Hudhayfah
Salman Al-Farisi
Suhayb ar-Rumi
Thalhah bin Ubaidillah
Thalib bin Abu Thalib
Ubaidah bin Harits
Ubay bin Kaab
Umamah binti Zainab
Umar Al-Khattab
Ummi Kultsum binti Ali
Ummi Kultsum binti Jarwila Khuzima
Ummi Syarik
Ummi Ubays
`Uqbah bin Amir
Urwah bin Mas'ud
Usamah bin Zaid
Utbah bin Ghazwan
Uthman bin Affan
Utsman bin Hunaif
Uwais Al-Qarni
Wahab bin Abd Manaf
Wahsyi
Waraqah bin Naufal
Zaid bin Arqam
Zaid bin Harithah
Zaid bin Thabit
Zainab binti Ali
Zubair bin Awwam