Sumber primer

Batu Bersurat Terengganu, sejenis sumber primer.

Sumber pertama atau sumber primer ialah bahan yang belum diolah atau dicetak iaitu sumber atau bahan yang masih dalam keadaan asal seperti dalam bentuk kertas, fosil, manuskrip yang belum dicetak, surat rasmi kerajaan, batu bersurat dan keterangan lisan. Sumber-sumber tersebut bersifat asli dan belum ditafsir. Sumber-sumber tersebut biasanya dihasilkan pada masa yang hampir sama dengan maklumat yang dicatatkan dan oleh pihak yang berwibawa. Contoh termasuk:

  • Batu Bersurat Terengganu
  • Batu nisan yang terpahat nama Sultan Mansur Shah di atasnya.
  • Piagam Madinah

Lihat juga

  • Historiografi
  • Penyelidikan asli
  • Sumber kedua/sekunder
  • Sumber ketiga
  • Teks sumber