Peta geologi

Peta geologi merupakan peta khas yang dibuat bagi memaparkan ciri-ciri geologi. Unit batu-batuan dan stratum ditunjukkan dengan warna atau simbol bagi menandakan di mana ciri-ciri tersebut terdedah pada permukaaan. Satah perlapisan dan ciri-ciri berstruktur seperti sesar, lipatan dan lineasi ditunjukkan dalam simbol miring dan jurus dimana ia memberikan orientasi tiga dimensi kepada ciri-ciri itu.

Menurut sejarah, peta geologi tertua yang masih lagi dipelihara adalah Peta Papirus Turin yang dihasilkan sekitar 1150 SM bagi memaparkan deposit emas di Mesir.[1] Pada tahun 1815, ahli geologi berketurunan Inggeris, William Smith pula telah menghasilkan peta geologi Great Britain yang pertama.[2]

Galeri

  • Peta geologi Great Britain yang dihasilkan oleh William Smith (1815)
    Peta geologi Great Britain yang dihasilkan oleh William Smith (1815)
  • Peta geologi benua Amerika Utara yang bertindih pada peta bentuk muka bumi
    Peta geologi benua Amerika Utara yang bertindih pada peta bentuk muka bumi

Rujukan

  1. ^ Harrell, James A. and V. Max Brown, 1992, The world's oldest surviving geological map - the 1150 BC Turin papyrus from Egypt, Jurnal Geologi, Jilid 100, No. 1, Jan., 1992
  2. ^ Simon Winchester, 2002, Peta yang Mengubah Dunia, Harper-Collins ISBN 0-06-093180-9

Pautan luar

  • Peta Geologi Diarkibkan 2004-11-23 di Wayback Machine daripada Perkhidmatan Taman Negara USGS
  • Pangkalan Data Peta Geologi USGS
  • l
  • b
  • s