Pemasa 555

NE555 dari Signetics

Pemasa 555 adalah sebuah litar bersepadu (LB) yang boleh menghasilkan denyutan voltan pada frekuensi-frekuensi tertentu bergantung kepada rekaan litar.

Mod

Pemasa 555 mempunyai tiga mod pengendalian iaitu:

  • Monostabil — dalam mod ini, denyutan keluaran bagi pemasa 555 akan hanya mempunyai satu tahap stabil.
  • Tak stabil — bagi mod ini pula, pemasa 555 akan bertindak sebagai sebuah pengayun.
  • Dwistabil — pemasa akan bertindak sebagai sebuah flip-flop dalam mod ini.

Pin

Gambarajah blok pemasa 555 dengan nombor pin

LB ini mempunyai lapan pin. Jadual berikut menunjukkan nombor-nombor pin dan juga nama pin tersebut.

No. Nama pin
1 Bumi
2 Picu
3 Keluaran
4 Set semula
5 Voltan kawalan
6 Ambang
7 Nyahcas
8 VCC

Formula rekaan

Dalam merekabentuk litar bagi pemasa, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. Iaitu kitar bertugas, frekuensi denyutan dan mod pengendalian yang ingin ditugaskan kepada pemasa 555.

Frekuensi denyutan diberikan oleh

f = 1 T {\displaystyle f={\frac {1}{T}}}

atau

f = 1.14 ( R 1 + 2 R 2 ) C {\displaystyle f={\frac {1.14}{(R1+2R2)\cdot C}}}

kerana tempoh,

T = 0.693 ( R 1 + 2 R 2 ) C {\displaystyle T=0.693\cdot (R1+2R2)\cdot C}


Lebar denyutan ditemukan dengan

L D = 0.063 ( R 1 + R 2 ) C {\displaystyle LD=0.063\cdot (R1+R2)\cdot C}


dan

kitar bertugas = ( R 1 + R 2 ) ( R 1 + 2 R 2 ) 100 % {\displaystyle ={\frac {(R1+R2)}{(R1+2R2)}}\cdot 100\%}

Lihat juga

  • Pengayun
  • Pemasa
  • Litar bersepadu

Pautan luar

  • (Inggeris) 555 timer Diarkibkan 2011-09-03 di Wayback Machine