Mualaf

Muallaf dilencongkan ke sini.

Mualaf (dari Arab: المؤلفة قلوبهم, rumi: al-mu'allafah qulubuhum, lit. 'orang yang dilembutkan hatinya'code: ar is deprecated ) ialah golongan manusia yang mempunyai kecenderungan untuk memasuki Islam atau yang belum kukuh Islamnya. Golongan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu beragama Islam, sama ada baru memeluk agama Islam atau orang yang memeluk Islam tetapi masih lemah imannya. Kedua, bukan beragama Islam, namun boleh dipujuk supaya menganut Islam serta cenderung hatinya kepada ajaran Islam.[1] Golongan ini tergolong dalam kumpulan penerima zakat.[2]

Rujukan

  1. ^ Ismail, Mohd Ajib (2020-09-30). "Membela mualaf qulubuhum". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-06-18.
  2. ^ YAP, JOHARI (2019-09-01). "Erti merdeka seorang mualaf". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-06-18.

Buku

  • Dr.Husein Sahata, Kaedah Agihan Zakat Harta: Pengertian, Sistem & Agihannya, Pustaka Al Shafa 2003, ISBN 983-159-081-3

Pautan luar

  • Apa Ertinya Saya Menganut Islam - Amalan Insan Diarkibkan 2013-11-02 di Wayback Machine