Ludwig van Beethoven

Ludwig van Beethoven
Potret oleh Joseph Karl Stieler, 1820
Potret oleh Joseph Karl Stieler, 1820
Kelahiran
Bonn, Para Pengundi Cologne, Empayar Suci Rom
Dikristiankan17 December 1770[1]
Meninggal dunia26 Mac 1827 (berumur 56)
Vienna, Empayar Austria
Tandatangan
Tantangan ditulis dalam dakwat dalam tulisan berjela-jela

Ludwig van Beethoven (dibaptiskan 17 Disember 1770 – 26 Mac 1827) ialah seorang penggubah Jerman dan juga seorang tokoh unggul dalam sejarah muzik klasikal. Beliau juga merupakan seorang ahli muzik terpenting dalam tempoh peralihan antara muzik era klasikal dan muzik era romantis di dalam muzik barat. Muzik dan reputasinya banyak memberi inspirasi dan juga memberi tekanan dan cabaran kepada ramai penggubah-penggubah untuk generasi-generasi berikutnya, begitu juga kepada ahli-ahli muzik dan para pendengar. [2] Walaupun beliau pada hari ini dikenali sebagai seorang penggubah, Beethoven adalah juga seorang pemain piano yang dikagumi.

Beethoven berpindah ke Vienna, Austria, ketika berumur awal 20-an, dan menetap di situ. Beliau belajar muzik di bawah bimbingan penggubah ternama, Joseph Haydn dan dengan pantasnya, mencapai kemasyhuran sebagai seorang pemain piano yang amat cemerlang.

Walaupun pendengaran beliau mula beransur-ansur hilang pada akhir 20-an, Beethoven terus gigih menghasilkan karya-karya agung di sepanjang hidupnya. Karya beliau terus dibuat walaupun setelah pendengaran beliau telah hilang sama sekali dan menjadikan beliau pekak.

Beethoven juga seorang penggubah bebas pertama dengan membuat penggubahan muzik untuk konsert-konsert, menjual gubahan muziknya untuk penerbit-penerbit dan mendapat bantuan kewangan daripada sebilangan pelanggan-pelanggan kaya. Beliau memilih kerja bebas daripada mencari pekerjaan tetap di gereja atau tempat bangsawan sepertimana pemuzik atau penggubah lain.

Biografi

Potret Beethoven ketika berusia 13 tahun

Beethoven dilahirkan di Bonn, Jerman pada tahun 1770 anak kepada Johann van Beethoven (17401792), seorang pemain muzik berketurunan Flemish dan Maria Magdalena Keverich (17441787), anak kepada ketua dapur di kubu Festung Ehrenbreitstein.

Beethoven merupakan salah seorang dari tujuh adik beradik tetapi hanya beliau dan dua adik-adiknya yang hidup. Beethoven dibaptiskan pada 17 disember 1770. Walaupun tarikh lahir beliau tidak diketahui secara pasti, namun keluarganya (dan kemudian, gurunya Johann Georg Albrechtsberger) menyambut hari jadi beliau pada 16 Disember.

Ibu Beethoven meninggal dunia pada 17 Julai 1787, ketika beliau berusia 16 tahun. [3] Disebabkan ketagihan alkohol ayahnya menjadi teruk, Beethoven terpaksa memikul tanggung jawab menjaga ke-dua adik-adiknya. Beethoven berpindah ke Vienna pada tahun 1792, di mana beliau beliau belajar muzik untuk seketika bersama dengan Joseph Haydn, walaupun sebenarnya beliau berminat untuk belajar muzik dengan Mozart yang meninggal dunia setahun sebelumnya,

Beethoven menerima latihan tambahan dalam bidang muzik daripada seorang kaunterpoin terkemuka Vienna, Johann Georg Albrechtsberger dan juga penggubah dan konduktor muzik terkenal Itali, Antonio Salieri. Pada tahun 1793, Beethoven mula terkenal dan bertapak sebagai pemain piano cemerlang di Vienna. [4]

Antara karya-karya beliau yang pertama adalah gubahan opus untuk sebuah set tiga penyanyi dan tiga piano berkumpulan pada tahun 1795.

Rujukan

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama birth date?
  2. ^ Kerman and Tyson
  3. ^ Jim Powell, "Ludwig van Beethoven's Joyous Affirmation of Human Freedom", The Freeman: Ideas on Liberty, Disember 1995 Vol. 45 No. 12 [1] Diarkibkan 2008-06-08 di Wayback Machine
  4. ^ Milton Cross, David Ewen, The Milton Cross New Encyclopedia of the Great Composers and Their Music, Doubleday 1953 m.s 79

Media

    Piano perseorangan

    Moonlight Sonata
    Piano Sonata No. 14 dalam C-sharp minor, pergerakan pertama
    Pathetique Sonata
    Piano Sonata No. 8 dalam C-sharp minor, pergerakan pertama dan ke-2
    Opus 111, pergerakan 1
    Piano Sonata No. 32 dalam C-sharp minor, pergerakan pertama
    Opus 111, pergerakan 2
    Piano Sonata No. 32 dalam C-sharp minor, pergerakan ke-2
    Laendler dalam C Minor
    Hess 68
    [[:Image:‎|Appassionata]]
    [[Image:‎|noicon]]
    Piano Sonata No. 23 dalam F minor, pergerakan pertama (Allegro assai)


    Simfoni orkestra

    Simfoni 5, pergerakan 1
    Dari simfoni No. 5
    Simfoni 5, pergerakan 2
    Dari simfoni No. 5
    Simfoni 5, pergerakan 3
    Dari simfoni No. 5
    Simfoni 5, pergerakan 4
    Dari simfoni No. 5
    Ke-2 Simfoni 5, pergerakan 4
    Dari simfoni No. 5
    Opus 62
    Overture - Coriolan
    Piano Concerto 4, pergerakan 1
    Piano Concerto No. 4 dalam G major, pergerakan pertama
    Piano Concerto 4, pergerakan 2 dan 3
    Piano Concerto No. 4 dalam G major, pergerakan ke-2 dan ke-3


    Muzik kamar

    [[:Image:|Opus 30, No. 1]]
    [[Image:|noicon]]
    Violin Sonata No. 6 dalam A major
    [[:Image:|Opus 30, No. 2]]
    [[Image:|noicon]]
    Violin Sonata No. 7 dalam C minor
    [[:Image:|Opus 30, No. 3]]
    [[Image:|noicon]]
    Violin Sonata No. 8 dalam G major
    Opus 47, pergerakan 1
    Violin Sonata No. 9 dalam A major "Kreutzer", pergerakan pertama
    Opus 47, pergerakan 2
    Violin Sonata No. 9 dalam A major "Kreutzer", pergerakan ke-2
    Opus 47, pergerakan 3
    Violin Sonata No. 9 dalam A major "Kreutzer", pergerakan ke-3


    Lain-lain

    Rondino dalam E-flat untuk Wind Oktet
    Komm' o Hoffnung
    The Komm' o Hoffnung aria dari Fidelio, dipersembahkan oleh Alice Guszalewicz


  • Masalah memainkan fail ini? Sila rujuk bantuan media.

Buku dan laman rujukan

  • Joseph Kerman dan Alan Tyson (dll): "Beethoven, Ludwig van", Grove Music Online ed L.Macy , grovemusic.com Diarkibkan 2009-01-06 di Wayback Machine
  • Theodor Albrecht dan Elaine Schwensen, "More Than Just Peanuts: Evidence for December 16 as Beethoven's birthday." dalam The Beethoven Newsletter (1988): 49, 60-63.
  • Bruce Bohle dan Robert Sabin. The International Cyclopedia of Music and Musicians. London: J.M.Dent & Sons LTD, 1975. ISBN 0-460-04235-1.
  • Peter Clive. Beethoven and His World: A Biographical Dictionary. New York: Oxford University Press, 2001. ISBN 0-19-816672-9.
  • Peter DaviesJ. The Character of a Genius: Beethoven in Perspective. Westport, Conn.: Greenwood Press, 2002. ISBN 0-313-31913-8.
  • Davies, Peter J. Beethoven in Person: His Deafness, Illnesses, and Death. Westport, Conn.: Greenwood Press, 2001. ISBN 0-313-31587-6.
  • Tia DeNoraa. "Beethoven and the Construction of Genius: Musical Politics in Vienna, 1792-1803." Berkeley, California: University of California Press, 1995. ISBN 0-520-21158-8.
  • Martin Geck. Beethoven. Terjemahan oleh Anthea Bell. London: Haus, 2003. ISBN 1-904341-03-9 , ISBN 1-904341-00-4 .
  • Robert Hatten, Robert Hatten. Musical Meaning in Beethoven (dalam bahasa English). Bloomington: Indiana University Press. m/s. 372. ISBN 0-253-32742-3. Text "Hatten" ignored (bantuan); Text "Robert S" ignored (bantuan); Unknown parameter |tear= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Klaus Kropfinger. Beethoven. Verlage Bärenreiter/Metzler, 2001. ISBN 3-7618-1621-9.
  • Russell Martin . Beethoven's Hair. New York: Broadway Books, 2000. ISBN 978-0-7679-0350-9
  • William Meredith . "The History of Beethoven's Skull Fragments." The Beethoven Journal 20 (2005): 3-46.
  • Edmund Morris . Beethoven: The Universal Composer. New York: Atlas Books / HarperCollins, 2005. ISBN 0-06-075974-7.
  • Charles Rosen. The Classical Style: Haydn, Mozart, Beethoven. New York: W. W. Norton, 1998. ISBN 0-393-04020-8; ISBN 0-393-31712-9.
  • Maynard Solomon. Beethoven, 2nd revised edition. New York: Schirmer Books, 2001. ISBN 0-8256-7268-6.
  • Solomon, Maynard. Late Beethoven: Music, Thought, Imagination. Berkeley: University of California Press, 2003. ISBN 0-520-23746-3.
  • Glenn Stanley. The Cambridge Companion to Beethoven. Cambridge: Cambridge University Press, 2000. ISBN 0-521-58074-9 , ISBN 0-521-58934-7 .
  • Alexander Wheelock Thayer dan Elliot Forbes. Thayer's Life of Beethoven. (2 jilid.) Princeton: Princeton University Press. ISBN 0-691-09103-X
  • Editha dan Richard Sterba,MD. "Beethoven & his Nephew - a Psychoanalytic Study of their Relationship" Pantheon Books Inc. New York.


Pautan luar

Rujukan am

  • Laman web rasmi Yosri
  • Beethoven-Haus Bonn Diarkibkan 2017-04-12 di Wayback Machine — Laman web rasmi Beethoven-Haus di Bonn, Jerman. Pautan-pautan ke arkib studio dan digit yang besar, koleksi perpustakaan, Muzium Beethoven-Haus (termasuk "pameran internet" dan "lawatan maya"), pusat penyelidikan Beethoven-Archiv, dan maklumat mengenai terbitan yang menarik kepada pakar dan pembaca umum. Himpunan gubahan dan dokumen tertulis Beethoven yang luas, dengan sampel bunyi.
  • Persatuan Raptus untuk tapak Penikmatan Muzik Beethoven
  • Sumber setempat Beethoven — rencana dan fakta mengenai Beethoven daripada Aaron Green, panduan untuk Muzik Klasikal di About.com.
  • Analisis muzik dan kehidupan Beethoven di halaman Semua Mengenai Ludwig van Beethoven.

Skor

  • Skor percuma oleh Beethoven di Projek Perpustakaan Skor Muzik Antarabangsa (IMSLP)
  • Karya-karya oleh Ludwig van Beethoven di Projek Gutenberg, pengeluar tertua untuk e-buku domain awam.
  • Skor-skor bebas oleh Ludwig van Beethoven dalam Arkib Muzik Werner Icking
  • Skor-skor bebas oleh Ludwig van Beethoven dalam Perpustakaan Domain Awam Koral (KoralWiki)

Rakaman

  • Persatuan Piano — Beethoven — banyak rakaman, rencana dan biografi yang bebas.
  • Beethoven Yang Tidak Pernah Didengar - fail MIDI untuk beratus-ratus gubahan Beethoven yang tidak pernah dirakam dan banyak lagi yang tidak pernah diterbit.
  • Perakaman silinder Beethoven daripada Projek Pemeliharaan dan Pendigitan Silinder di Perpustakaan Universiti California, Santa Barbara.
  • Ludwig van Beethoven discography at MusicBrainz, himpunan maklumat mengenai perakaman perdagangan.

Topik khusus

  • Manuskrip Beethoven di Perpustakaan British Diarkibkan 2008-06-07 di Wayback Machine
  • Ulasan sezaman untuk karya-karya Beethoven Diarkibkan 2008-05-13 di Wayback Machine
  • Gambar-gambar "Beethoven di Vienna dan Baden" dalam bahasa Perancis.
  • Rambut Beethoven — mengesani perjalanan Rambut Beethoven.
  • Für Elise — dan sumber Beethoven yang lain.
  • Gelung Rambut Beethoven Guevara dari Pusat Ira F. Brilliant untuk Kajian Beethoven.
  • Analisis rambut mengatakan bahawa Beethoven maut disebabkan peracunan plumbum. CBC News, 18 Oktober 2000.
  • Konserto Biola Beethoven dalam nada D Major, Op. 61: Beberapa Sudut Pandangan Abad Ke-20

Ludwig van Beethoven
Kehidupan dan Karya • Gaya dan pembaharuan muzik Beethoven • Beethoven dan hidup sezamannya • Senarai karya Beethoven


  • p
  • b
  • s
Romantisisme
Abad ke-18 - Abad ke-19
Muzik era romantis: Charles Valentin Alkan - Ludwig van Beethoven - Hector Berlioz - Johannes Brahms - Frédéric Chopin - Antonín Dvořák - Edvard Grieg - Franz Liszt - Gustav Mahler - Felix MendelssohnGiacomo Puccini - Franz Schubert - Robert Schumann - Pyotr Ilyich Tchaikovsky - The Five – Giuseppe VerdiRichard Wagner
Penyajak era romantis: William Blake - Robert Burns - George Byron, Baron Byron ke-6 - Samuel Taylor Coleridge – Johann Wolfgang von Goethe - Friedrich Hölderlin – Victor Hugo - John Keats - Zygmunt Krasiński - Alphonse de Lamartine - Giacomo Leopardi - Mikhail Lermontov - Adam Mickiewicz - Gerard de Nerval - Novalis - Aleksandr Pushkin - Percy Bysshe Shelley - Juliusz Słowacki - William Wordsworth   
Seni lukis dan bina era romantis: Karl Briullov - John Constable - Camille Corot - Eugène Delacroix - Caspar David Friedrich - Théodore Géricault - Gothic Revival architecture - Francisco Goya - Hudson River school - Emanuel Leutze - Nazarene movement - Samuel Palmer - J. M. W. Turner
Budaya era romantis: Bohemianisme - Nasionalisme romantis