Lencana Armada Laut Lepas

Lencana Perang Armada Jerman

Lencana Armada Laut Lepas (Jerman: Das Flottenkriegsabzeichencode: de is deprecated atau High Seas Fleet Badge) adalah anugerah tentera Jerman Nazi semasa Perang Dunia II yang dikurniakan kepada krew-krew Armada Laut Lepas Kriegsmarine, terutamanya yang berkhidmat diatas kapal tempur dan kapal kruiser, tetapi juga diatas mana-mana kapal yang membantu operasi mereka kerana disebabkan tiada anugerah lain untuk diberikan.[1]

Walaupun anugerah ini telah dizahirkan pada April 1941, ia boleh dikurniakan untuk pertempuran yang berlaku sebelum tarikh ini dan boleh menyerlahkan perjuangan menentang Armada British.

Kriteria anugerah

Untuk layak menerima lencana ini seseorang itu mesti berkhidmat selama 12 minggu diatas kapal tempur atau kapal kruiser, berserta bukti kecemerlangan dan kelakuan terpuji. Jumlah minggu akan dikurangkan jika salah satu syarat-syarat ini dipenuhi:[2][3]

  • Jika penerima tercedera atau terbunuh semasa pelayaran.
  • Pencapaian cemerlang dalam sesuatu pertempuran.
  • Jika penjelajahan berjaya.
  • Kapal individu tenggelam semasa bertempur. (Bismarck, Admiral Graf Spee, Blücher)
  • Terlibat dalam penenggelaman HMS Rawalpindi oleh Scharnhorst dan Gneisenau dan penenggelaman dua kapal dagang di selatan Jan Mayen oleh Deutschland.
  • Kesemua krew anggota Scharnhorst dan Gneisenau menerima anugerah ini memandangkan keberkesanan operasi kapal-kapal ini.
  • Untuk setiap kelasi yang telah berada diatas Tirpitz semasa ia dibom dan ditenggelamkan oleh R.A.F British di Tromsö Fjord pada 12 November, 1944.

Lencana ini dipakai pada bahagian bawah poket dada sebelah kiri pakaian seragam tentera, dibawah Iron Cross Kelas 1 jika ada, atau gred yang setaraf.

Rujukan

  1. ^ High Seas Fleet Badge
  2. ^ World War Two Awards
  3. ^ Third Reich Medals High Seas Fleet Badge
Senarai anugerah tentera Reich Ketiga
Anugerah bagi semua khidmat
Tentera Darat / Waffen-SS
  • Anti-Partisan Guerrilla Warfare Badge
  • Army Anti-Aircraft Badge
  • Blue Division Medal (Germany)
  • Close Combat Clasp
  • General Assault Badge
  • Honour Roll Clasp of the Army
  • Infantry Assault Badge
  • Panzer Badge
  • Sniper's Badge
  • Tank Destruction Badge
  • Wehrmacht Long Service Award
  • Wehrmacht mountain troops badge
Luftwaffe
  • Anti-Aircraft Flak Battle Badge
  • Aviator badge
  • Balloon Observer's Badge
  • Ehrenpokal der Luftwaffe
  • Front Flying Clasp of the Luftwaffe
  • Ground Assault Badge of the Luftwaffe
  • Luftwaffe Honor plate
  • Parachutist Badge
  • Pilot/Observer Badge
Kriegsmarine
  • Auxiliary Cruiser Badge
  • Blockade Runner Badge
  • Destroyer War Badge
  • Fast Attack Craft War Badge
  • High Seas Fleet Badge
  • Minesweeper War Badge
  • Naval Artillery War Badge
  • U-boat Front Clasp
  • U-boat War Badge
Perisai Kempen
  • Cholm Shield
  • Crimea Shield
  • Demyansk Shield
  • Kuban Shield
  • Lappland Shield
  • Narvik Shield