Koridor Pembangunan Sabah

Koridor Pembangunan Sabah (SDC) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pelabuhan Kontena, Teluk Sepangar, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia pada hari Rabu, 29 Januari 2008.

Tempoh pelaksanaan SDC ialah dari 2008-2025 meliputi seluruh kawasan dan penduduk Sabah. 900,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan jika berjalan dengan lancar.

Pelaburan asing

Serentak dengan perasmian pelan tindakan SDC itu, 13 memorandum persefahaman (MOU) telah ditandatangani. Antaranya dengan syarikat dari China, Jepun dan Amerika Syarikat.

Projek infrastruktur

Antara projek yang aka dilaksanakan dalam SDC ialah:

  • Pembangunan dan promosi pasaran MICE (mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran)
  • Pembinaan stesen pusat kereta api
  • Penubuhan kemudahan pukal dalam kelompok perindustrian minyak sawit di Lahad Datu
  • Pembangunan tebingan Kota Kinabalu
  • Penubuhan kemudahan pendaratan ikan moden di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan.

Projek pelancongan

  • Pembangunan ekopelancongan dan kesihatan/perubatan
  • Pembinaan kondominium mewah dan hotel lima dan enam bintang
  • Pembangunan pusat-pusat pelancongan.

Hutan Simpan Ulu Segama

Hutan Simpan Ulu Segama akan dimajukan sebagai kawasan eko pelancongan moden. Sime Darby Berhad akan menyumbang RM25 juta bagi tempoh 10 tahun bagi pemeliharaan dan pemuliharaan Hutan Simpan Ulu Segama. 4500 spesies orang utan di situ akan lebih terjamin daripada pupus dan dapat menarik pelanccong tempatan dan asing. Sime Darby yang bertumpu kepada perladangan kelapa sawit akan memulihkan 160,000 hektar hutan di Ulu Segama. [1]

Hasil pelancongan akan meningkat kepada RM48.5 bilion menjelang 2025 daripada hanya RM2.88 bilion pada 2006.

Sektor pembuatan

  • Projek kelompok perindustrian minyak sawit (Sawit POIC). Sawit Kinabalu akan lebih ekonomikal jika bergabung dengan Sime Darby Plantation Sdn Bhd untuk melaksanakan projek Sawit POIC.
  • Pengeluaran minyak jatropha (jarak) bagi bahan bakar biodiesel. Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB), Nihon Biotech Inch dari Jepun, Kelana Stabil Sdn Bhd dan TKM Resources Sdn Bhd akan mengeluarkankan minyak jarak yang akan dieksport ke Jepun, AS dan Korea Selatan.

228,708 pekerjaan menjelang 2025 akan diwujudkan. Kini hanya 135,000 orang bekerja dalam sektor pembuatan.

Sektor pertanian

  • Projek agropelancongan, pembangunan akuakultur di Teluk Darvell, Lahad Datu dan penyelidikan dan pembangunan pokok jarak.

Keluaran negara kasar akan neningkat kepada RM17 bilion menjelang 2025 daripada RM4.1 bilion pada tahun 2005. [2]

Rujukan

  1. ^ Sime Darby Sumbang RM25 Juta Pilih Hutan Simpan Ulu Segama Bernama.com 29 Disember 2008
  2. ^ 13 Perjanjian Bernilai RM16 Bilion Dimeterai Pada Pelancaran SDC Bernama.com 29 Januari 2008

Lihat juga

Pautan luar

  • Koridor Pembangunan Sabah Diarkibkan 2008-02-09 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Bendera Sabah Koridor Pembangunan Sabah
Bandar dan kota KPS
  • Kota Kinabalu
  • Sandakan
  • Tawau
Insfrastruktur KPS
Pelancongan KPS
  • Gunung Kinabalu
  • Poring
  • Taman Negara Kinabalu
  • Pulau Sipadan
  • Pulau Ligitan
Pembelajaran KPS
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)