Ibn al-Nafis al-Dimashqi

Cendekiawan Islam
Zaman Pertengahan
Nama: Ala-al-din Abu al-Hassan Ali ibn Abi-Hazm al-Qarshi al-Dimashqi
Gelaran: Ibn al-Nafis
Lahir: 1213 M, Damsyik
Wafat: Disember 1288 M, Kaherah
Etnik: Arab
Rantau: Syria dan Mesir
Bidang: Perubatan, Anatomi
Pengaruh: Abu Hayyan al-Gharnati
Diilhami: Hippocrates, Galen, Hunayn ibn Ishaq, Ibnu Sina


Tokoh Ala-al-din Abu al-Hassan Ali ibn Abi-Hazm al-Qarshi al-Dimashqi (bahasa Arab: علاء الدين أبو الحسن عليّ بن أبي حزم القرشي الدمشقي ) juga dikenali sebagai Ibn al-Nafis (bahasa Arab: ابن النفيس ), ataupun Ibn al-Nafis al-Dimashqi (B. Arab:ابن النفيس الدمشقي ), merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1213 - 1288 M. Dia merupakan orang pertama yang menggambarkan peredaran darah dalam tubuh manusia (pada 1242) dengan tepat. Lukisan kontemporari proses ini masih lagi wujud. Khususnya, dia merupakan orang pertama yang diketahui telah mendokumentasikan aliran paru-paru. Namun karyanya tidak ditemui sehinggalah pada 1924 di Berlin.

Beliau dilahirkan pada tahun 1213 M di Damsyik, dan menghadiri hospital-univerisiti (Bimaristan Al-Noori) di Damsyik. Selain daripada perubatan, Ibn al-Nafis memperlajari ilmu jurispruden, kesusasteraan dan teologi. Beliau menjadi pakar fiqah mazhab Shafii dan seorang ahli perubatan.[1]

Al-Nafis berpindah ke Mesir dalam tahun 1236 dan bertugas di Hospital Al-Nassri, dan kemudiannya di Hospital Al-Mansouri di mana beliau menjadi ketua pakar perubatan dan doktor peribadi Sultan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1288 dan mewaqafkan rumah, perpustakaan dan kliniknya kepada hospital Mansuriyya.

Penulisan

Halaman hadapan satu daripada karya Ibn al-Nafis. Berkemungkinan ini sebuah salinan diperbuat di India dalam abad ke-17 atau ke-18.

Kitab terbesar Ibn al-Nafis ialah yang berjudul Al-Shamil fi al-Tibb, yang dirancangkan sebagai satu ensiklopedia yang memuatkan 300 jilid tetapi tidak dapat diselesaikan oleh sebab kematian beliau. Manuskrip terdapat di Damsyik.

Bukunya tentang oftalmologi merupakan sumbangan kerja asal. Bukunya yang paling termasyhur ialah Ringkasan Undang-undang (Mujaz al-Qanun). Sebuah buku yang masyhur, yang memerikan sumbangan aslinya ialah buku berkaitan kesan pemakanan terhadap kesihatan, berjudul Kitab al-Mukhtar fi al-Aghdhiya.

Karyanya Al-Risalah al-Kamiliyyah fil Siera al-Nabawiyyah, yang diterjemahkan di Barat di bawah judul Theologus Autodidactus, dianggap sebagai karya yang pertama yang menjadi novel teologi dan juga novel yang pertama berbentuk cereka sains.

Penemuan sistem peredaran darah paru-paru

Pada tahun 1924, seorang ahli perubatan Mesir, Muhyo Al-Deen Altawi, seorang pengkaji sejarah perubatan Arab di Universiti Albert Ludwig, menemui sebuah manuskrip berjudul "Ulasan berkaitan Anatomi dalam Qanun Ibnu Sina" di dalam Perputakaan Negeri Prussia di Berlin. Skrip ini merangkumi kajian terperinci tentang anatomi, patologi dan fisiologi, dan skrip ini merupakan pemerian terawal tentang sistem peredaran darah paru-paru (pulmonari).[2]

Sebelum kemunculan al-Nafis, teori berkaitan sistem peredaran darah ialah teori Galen yang dirumuskan pada abad kedua Masihi. Galen telah mengutarakan teori bahawa darah yang sampai ke bahagian kanan jantung mengalir melalui liang-liang halus yang tidak dapat dilihat yang terdapat pada septum jantung, ke bahagian kiri jantung, di mana ia bercampur dengan udara untuk mencipta semangat yang kemudiannya disalurkan ke seluruh tubuh. Mengikut Galen, sistem vena berbeza daripada sistem arteri, melainkan apabila mereka bertemu melalui liang halus.

Berlandaskan pengetahuan anatominya, al-Nafis menyatakan:

"darah dari ruang kanan mesti sampai di ruang kiri tetapi tidak ada laluan langsung di antara kedua-duanya. Septum tebal di antara ruang-ruang tersebut tidak ditembusi dan tidak ada liang yang boleh dilihat seperti difikirkan beberpa pihak atau liang yang tidak boleh dilihat seperti difikirkan Galen. Darah dari ruang kanan mesti mengalir melalui vena arteriosa (arteri pulmonari) kepada paru-paru, merata ke dalam isinya, bercampur dengan udara, bergerak melalui arteria venosa (vena pulmonari) untuk sampai di ruang kiri jantung dan di sana mencipta semangat..."[3][4]

Di tempat lain beliau berkata:

"Jantung memiliki hanya dua ventrikel ... dan di antara kedua-duanya tidak terdapat apa jua lubang. Juga, diseksi mendedahkan kepalsuan apa yang dikatakan mereka, kerana septum di antara kedua-dua ventrikel lebih tebal di bahagian ini berbanding bahagian lain. Kemanfaatan darah ini (yakni yang terdapat di dalam ruang kanan), ialah untuk bergerak ke paru-paru, bercampur dengan udara yang terdapat di dalam paru-paru, kemudian bergerak melalui arteria venosa ke bahagian kiri ruang-ruang jantung dan daripada campuran itulah tercipta nyawa.

Al-Nafis memerikan anatomi paru-paru seperti berikut:

"paru-paru terdiri daripada bahagian-bahagiannya, satu daripadanya ialah bronkus; kedua cabang-cabang arteria venosa; dan ketiga cabang-cabang vena arteriosa, kesemuanya dihubungi oleh daging longgar berliang."

Beliau menambah:

"paru-paru memerlukan vena arteriosa untuk menyalurkan kepadanya darah yang telah dinipis dan dipanaskan di dalam jantung, supaya apa yang menyerap melalui liang cabang-cabang pembuluh ini ke dalam alveoli paru-paru dapat bercampur dengan udara di situ. Gabungan ini bercampur di dalam ruang kiri jantung dan menjadi semangat. Campuran ini disalurkan ke ruang kiri oleh arteria venosa."[5]

Al-Nafis juga mempostulatkan bahawa gizi yang diperlukan oleh jantung diperoleh daripada arteri koronari:

"sekali lagi kenyataannya [Ibnu Sina] bahawa darah yang terdapat pada sebelah kanan jantung ialah untuk memebrikan khasiat kepada jantung tidak benar, oleh sebab gizi untuk jantung datnag daripada darah yang mengalir melalui pembuluh yang menembusi daging jantung."

Rujukan

  1. ^ A FORGOTTEN CHAPTER IN THE HISTORY OF THE CIRCULATION OF THE BLOOD - Nih.gov
  2. ^ A FORGOTTEN CHAPTER IN THE HISTORY OF THE CIRCULATION OF THE BLOOD Pg3 - Nih.gov
  3. ^ The Pursuit of Learning in the Islamic World, 610-2003 By Hunt Janin, Pg99
  4. ^ Saints and saviours of Islam, By Hamid Naseem Rafiabadi, Pg295
  5. ^ A FORGOTTEN CHAPTER IN THE HISTORY OF THE CIRCULATION OF THE BLOOD, Pg5 - Nih.gov
  • Bayon, H. P. (1941). Significance of the demonstration of the Harveyan circulation by experimental tests. Isis 33, 443-453

Bacaan lanjut

  • Iskandar, Albert Z. (1974). "Dictionary of Scientific Biography". 9: 602–606. Cite journal requires |journal= (bantuan); |contribution= ignored (bantuan)CS1 maint: postscript (link)

Pautan luar

  • Iskandar, Albert Z. (2008) [1970-80]. "Ibn Al-Nafīs, 'Alā' Al-Dīn Abu 'L-Ḥasan 'Alī Ibn Abi 'L-Ḥazm Al-Qurashī (or Al-Qarashī)". Complete Dictionary of Scientific Biography. Encyclopedia.com.
  • Carian Google.
Persondata
Nama Nafis, Ibn
Nama alternatif
Pemerihalan ringkas Pakar perubatan Islam Zaman Pertengahan
Tarikh kelahiran 1213
Tempat kelahiran
Tarikh kematian 1288
Tempat kematian
  • l
  • b
  • s
Perubatan Islam dalam dunia Islam Zaman Pertengahan
Ahli perubatan
Abad ketujuh
Abu Hafsa Yazid • Bukhtishu • Masarjawaih • Nafi ibn al-Harith • Ibn Abi Ramtha al-Tamimi • Rufaida al-Aslamia
Abad kelapan
Keluarga Bukhtishu • Ja'far al-Sadiq
Abad kesembilan
Al-Kindi • Abu Bakr al-Hassan ibn al-Khasib • keluarga Bukhtishu • Jabril ibn Bukhtishu • Jābir ibn Hayyān • Hunayn ibn Ishaq dan anaknya • Yahya ibn Sarafyun • Masawaiyh • Sabur ibn Sahl • Ali ibn Sahl Rabban al-Tabari • Al-Ruhawi • Yuhanna ibn Bukhtishu
Abad kesepuluh
Qusta ibn Luqa • Abu ul-Ala Shirazi • Abul Hasan al-Tabari • Al-Natili • Qumri • Abu Zayd al-Balkhi • Isaac Israeli ben Solomon • Ali ibn Abbas al-Majusi • Abu Sahl 'Isa ibn Yahya al-Masihi • Muvaffak • al-Razi • Ibn Juljul • al-Zahrawi• Ibn al-Jazzar • Al-Kaŝkarī • Ibn Abi al-Ashʿath • Ibn al-Batriq • Ibrahim ibn Baks
Abad ke-11
Ibn al-Haitham • Abu Ubaid Juzjani • Ali ibn Ridwan • Ibnu Sina • Ephraim ibn al-Za'faran • Ibn al-Wafid • Abdollah ibn Bukhtishu • Ibn ButlanIbn al-Kattani • Ibn Jazla • Masawaih al-Mardini Yusuf al-Ilaqi • Ibn Al-Thahabi • Ibn Abi Sadiq • ʿAlī ibn ʿĪsā al-Kahhal
Abad ke-12
Abu al-Bayan ibn al-Mudawwar • Ahmad ibn Farrokh • Ismail Gorgani • Ibn Hubal • Zayn al-Din Gorgani • Maimonides • Serapion yang Muda • Ibn Zuhr • Ya'qub ibn Ishaq al-Israili • Abu Jafar ibn Harun dari Trujillo • Ibnu RushdIbn Tufail • Al-Ghafiqi • Ibn Abi al-Hakam • Abu'l-Barakāt al-Baghdādī • Samauʼal Al-Maghribī • Ibn al-Tilmīdh
Abad ke-13
Sa'ad al-Dawla • Al-Shahrazuri • Rashidun al-Suri • Amin al-Din Rashid al-Din Vatvat • Avraham anak Rambam • Da'ud Abu al-Fadl • Al-Dakhwar • Ibn Abi Usaibia • Joseph ben Judah dari Ceuta • Abd al-Latif al-Baghdadi (penulis medieval) • Ibn al-Nafis • Zakariya al-Qazwini • Najib ad-Din-e-Samarqandi • Qotb al-Din Shirazi • Ibn al-Quff
Abad ke-14
Muhammad ibn Mahmud Amuli • Al-Nagawri • Aqsara'i • Zayn-e-Attar • Mansur ibn Ilyas • Jaghmini • Mas‘ud ibn Muhammad Sijzi • Najm al-Din Mahmud ibn Ilyas al-Shirazi • Nakhshabi • Sadid al-Din al-Kazaruni • Yusuf ibn Ismail al-Kutubi • Ibn al-Khatib • Rashid-al-Din Mamadani
Abad ke-15
Abu Sa'id al-Afif • Muhammad Ali Astarabadi • Husayni Isfahani • Burhan-ud-din Kermani • Şerafeddin Sabuncuoğlu • Muhammad ibn Yusuf al-Harawi • Nurbakhshi • Shaykh Muhammad ibn Thaleb
Abad ke-16
Hakim-e-Gilani • Abul Qasim ibn Mohammed al-Ghassani • Taqi al-Din Muhammad ibn Ma'ruf
Konsep
Psikologi • Ofthalmologi
Karya
Kanun Perubatan (Al-Qanun fi al-Tibb)Carta-carta Anatomi ArabKitab Penyembuhan (Kitab Al-Shifa)De GradibusKitab Optik (Kitab al-Manazir)Kaedah Perubatan (Al-Tasrif)Zakhireye KhwarazmshahiAdab al-Tabib ("Etika Amali bagi Ahli Perubatan")Kitab Sepuluh Treatis tentang Mata
Pusat-pusat
Bimaristan • Nur al-Din Bimaristan • Al-'Adudi
Pengaruh
Perubatan Yunani kuno
Mempengaruhi
Pembaharuan Perubatan • Akademi Perubatan dan Sains Abad Pertengahan Ibn Sina