Dahlia Shazwan

Dahlia Shazwan
Kelahiran
Dahlia Shazwan binti Mohd Amin

(1988-06-01) 1 Jun 1988 (umur 36)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPengacara
Tahun aktif2012–kini
PasanganShafiq Ismet (berkahwin 2016)
Anak-anak1

Dahlia Shazwan Mohd Amin (lahir 1 Jun 1988) ialah seorang pengacara televisyen Malaysia. Beliau merupakan pengacara rancangan Hlive di saluran Astro Ria. Beliau juga merupakan bekas peserta program realiti TV On Air musim pertama yang hanya sekadar ke separuh akhir.[1]

Kehidupan peribadi

Dahlia Shazwan dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau berkahwin dengan pegawai pemasaran, Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.[2] Beliau dikurniakan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada 22 Februari 2018.[3]

Kerjaya

Pada 23 Mei 2012, beliau menjadi salah seorang daripada 20 peserta rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang penyiaran di Astro Ria, On Air yang turut disertai oleh Hafizul Kamal, Syakirin Husnal, Hefny Sahad dan CK Faizal, di mana beliau hanya sekadar masuk ke separuh akhir.[4] Dahlia merupakan salah seorang daripada 11 pengacara dan wartawan pelapis Astro di bawah bimbingan Aznil Nawawi.

Walaupun tersingkir lebih awal, Dahlia tidak menoleh ke belakang apabila menerima tawaran daripada personaliti televisyen berpengalaman, Suhaimi Sulaiman, yang ketika itu berkhdmat sebagai Ketua Pengarang Rangkaian Berita di Astro Awani. Selepas menamatkan latihan, beliau diambil bertugas sebagai wartawan penyiaran dan kemudiannya diletakkan di bawah program infotainmen, Gala TV.

Sejak 2016, beliau menjadi jurucakap Trivago yang mana Shazwan muncul dalam setiap versi iklan ini. Selepas lima tahun menjadi jurucakap Trivago Dahlia menamatkan sebagai jurucakap aplikasi itu selepas berhijab pada pertengahan 2020[5][6]

Filemografi

Televisyen

  • Gala TV
  • Hlive

Iklan

  • Trivago (sejak 2016)

Rujukan

  1. ^ Ramai yang tidak tahu biodata gadis TRIVAGO ini.. Bukan Calang Calang Orang Rupanya..Kenali Dahlia Shazwan Gadis Iklan Trivago Bibirbegetar (17 Oktober 2017). Dicapai pada 6 Mei 2018.
  2. ^ Zaidi Mohamad (18 Julai 2016). Hos HLive, Dahlia Shazwan nikah 23 Julai Berita Harian. Dicapai pada 6 Mei 2017.
  3. ^ Zaidi Mohamad (22 Februari 2018). Hos HLive, Dahlia dapat anak perempuan Berita Harian. Dicapai pada 6 Mei 201!.
  4. ^ MohdnAl Qayum Aziz (26 April 2012). Persaingan hebat 20 peserta ‘On Air’ bermula 23 Mei depan mStar Online. Dicapai pada 5 Mei 2014.
  5. ^ Baby bump model iklan Trivago
  6. ^ Biodata profil Dahlia Shazwan, awek iklan Trivago

Pautan luar

  • Dahlia Shazwan di Facebook
  • Dahlia Shazwan di Twitter
  • Dahlia Shazwan di Instagram