Daerah artikulasi

Daerah artikulasi (pasif dan aktif):
1. Ekso-labial; 2. Endo-labial; 3. Gigi (Dental); 4. Gusi (Alveolar); 5. Belakang gusi (Postalveolar); 6. Pra-lelangit (Pre-palatal); 7. Lelangit (Palatal); 8. Velar; 9. Uvular; 10. Farinks; 11. Glotis; 12. Epiglotis; 13. Akar (Radikal); 14. Postero-dorsal; 15. Antero-dorsal; 16. Laminal; 17. Hujung lidah (Apikal); 18. Sub-apikal

Dalam bidang fonetik artikulasi, daerah artikulasi ialah titik penyentuhan di mana berlakunya halangan dalam saluran vokal antara artikulator aktif (bergerak, biasanya sebahagian lidah) dan artikulator pasif (pegun, biasanya sebahagian lelangit mulut) untuk menghasilkan konsonan. Bersama cara artikulasi dan pembunyian, inilah yang menentukan bunyi tersendiri sesebuah konsonan.

Contohnya, bibir bawah yang aktif boleh menyentuh bibir atas yang pasih (dwibibir, seperti [m]) atau gigi atas (bibir-gigi, seperti [f]). Lelangit keras boleh disentuh oleh bahagian depan atau belakang lidah. Jika depan lidah digunakan, maka daerahnya dipanggil gelungan; juga belakang lidah ("dorsum") pula, maka lelangit (palatal) namanya.

Terdapat lima artikulator aktif yang asas, iaitu: bibir ("labial"), depan lidah yang lentur ("koronal"), bahagian tengah/belakang lidah ("dorsal"), akar lidah bersama epiglotis ("radikal"), dan larinks ("glotis"). Artikulator-artikulator ini boleh bertindak sendirian, atau dua daripadanya boleh bertindak serentak.

Artikulasi pasif pula tidak jelas sempadan daerahnya, iaitu berlakunya pertindanan antara daerah lidah-bibir dan antargigi, antargigi dan gigi, gigi dan gusi, gusi dan lelangit, lelangit dan velar, dan velar dan uvular, yang boleh disentuh oleh mana-mana konsonan.

Selain itu, apabila bahagian depan lidah digunakan, itupun sama ada permukaan atas atau daun lidah ("laminal"), ataupun hujung lidah ("apikal"), atau permukaan bawahnya ("sub-apikal"), yang melakukan sentuhannya; ketiga-tiganya bertindan menjadi satu tanpa sempadan yang jelas.

Kelompok konsonan yang berkongsi daerah artikulasi yang sama, seperti konsonan-konsonan gusi n, t, d, s, z, l dalam bahasa Melayu, dikatakan merupakan homorganik. Wujudnya satu hukum sengauan homorganik, iaitu daerah artikulasi sesuatu bunyi terawal berasimilasi dengan bunyi terakhir dalam imbuhan awalan. Contohnya: baca diimbuhkan dengan awalan me(n) menjadi membaca; kutip dengan imbuhan yang sama menjadi mengutip.

Jadual artikulasi aktif dan daerah artikulasi

Daerah
artikulasi

 • Bibir
Dwibibir
Bibir-velar
Bibir-gusi
Bibir-gigi

 • Dwigigi

 • Koronal
Lidah-bibir
Antargigi
Gigi
Gigi-gusi
Gusi
Hujung lidah
Laminal
Belakang gusi
Gusi-lelangit
Gelungan

 • Dorsal
Lelangit
Labial-palatal
Velar
Uvular
Uvular-epiglotis

 • Radikal
Farinks
Epiglotis-farinks
Epiglotis

 • Glotis

Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul dalam sesetengah pelayar web. [Bantuan]

  • lihat
  • bincang
  • sunting
Gerakan aktif Daerah artikulasi aktif + pasif
Bibir (Labial) Dwibibir (Bilabial)
Bibir-gigi (Labiodental)
Koronal Laminal Lidah-bibir (Linguolabial)
Antargigi (Interdental)
Gigi (Dental) laminal
Gigi-gusi (Denti-alveolar) laminal
Gusi (Alveolar) laminal
Belakang gusi (Postalveolar) laminal ("gelungan" #1)
Lengkungan (separa dipalatalkan) Belakang gusi lengkungan ("palato-alveolar")
Dipalatalkan Belakang gusi dipalatalkan ("gusi-lelangit")
Hujung lidah (Apikal) Gigi hujung lidah
Gusi hujung lidah
Belakang gusi hujung lidah ("gelungan" #2)
Bawah lidah (Sub-apikal) (Pra-)Lelangit sub-apikal ("gelungan" #3)
Belakang (Dorsal) Pra-lelangit
Lelangit
Pra-velar (atau tengah lelangit)
Lelangit lembut (Velar)
Pasca-velar
Anak tekak (Uvular)
Akar (Radikal) Farinks atas
Farinks bawah
Epiglotis-farinks
Katup tenggorok (Epiglotis)
Larinks Glotis

Senarai daerah artikulasi

(Semua konsonan di atas boleh disengaukan, kebanyakannya juga boleh disisikan.)

Sengauan dan sisian

  • Untuk menghasilkan sengauan, lelangit lembut direndahakn untuk membolehkan udara melalui hidung (sebenarnya daerah juga, tetapi dianggap sebagai cara artikulasi)
  • Untuk menghasilkan sisian, udara dihembuskan melalui sisi lidah dan gigi, bukan melalui hujung lidah. Bahasa Melayu cuma ada satu sisian, iaitu /l/, tetapi sesetengah bahasa lain ada lebih dari satu, cth. bahasa Sepanyol yang berhuruf "l" lwn. "ll"; bahasa Hindi dengan sisian gigi, lelangit dan gelungan; dan berbilang-bilang bahasa Pribumi Amerika yang merangkumi sisian yang berbentuk malaran tak geser, geseran dan letusan.

Artikulasi serentak

Sesetengah bahasa ada konsonan yang dihasilkan di dua daerah artikulasi serentak, iaitu artikulasi serentak. Antaranya termasuk:

  • Pembibiran, membundarkan bibir sambil menghasilkan halangan, seperti [kʷ] dan /w/ dalam bahasa Inggeris.
  • Pempalatalan, menaikkan anggota lidah ke arah lelangit keras sambil menghasilkan halangan, seperti /tʲ/ dalam bahasa Rusia.
  • Pemvelaran, menaikkan belakang lidah ke arah lelangit lembut (velum), seperti [lˠ] atau [ɫ].
  • Pemfarinksan, menjerut kerongkong (pharynx), seperti [tˤ] dalam bahasa Arab.
  • Hentian berartikulasi ganda: dua hentian yang dihasilkan serentak, contoh: konsonan bibir-velar seperti [k͡p] yang terdapat di Afrika Barat dan Tengah; konsonan bibir-gusi [t͡p d͡b n͡m] yang ditemui sebagai konsonan tersendiri dalam sebuah bahasa di New Guinea yang juga membezakan hentian bibir-belakang gusi. Bahasa Somali ada hentian uvular-epiglotis [q͡ʡ].

Lihat juga

Rujukan

  • Ladefoged, Peter (1996). The Sounds of the World's Languages. Oxford: Blackwell. ISBN 0-631-19814-8. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar

  • Interactive places and manners of articulation